Tol forever.

View this post on Instagram

NGO pengguna hebat mengkritik kerajaan PH tentang pengambilan 4 lebuhraya tol. Tanya kenapa kerajaan bodoh nak ambil tol yang konsesi akan tamat dan mahu mengguntungkan syarikat swasta. Tony Pua pun keluarkan kenyataan membalas. Dia kata kerajaan tak perlu bayar satu sen pun. Tapi dia mengaku bahawa Gamuda dapat mengambil keuntungan yang sepatutnya hanya berlaku pada masa hadapan. "Kalau tak ada peluang ambil keuntungan masa depan, buat apa Gamuda bersetuju untuk jual?" kata Tony. (itulah sebab harga saham Gamuda melonjak selepas pengumuman kerajaan beli 4 lebuhraya ini diumumkan.) Pua kata kos pengambilan RM6.2 bilion ini akan dibiayai oleh sebuah syarikat tuju khas (SPV) kerajaan yang akan mengeluarkan bon pinjaman. Dia kata kos faedah dan pokok pinjaman ini akan dibayar balik dari hasil kutipan tol (yang akan dijenamakan semula sebagai caj kesesakan) dari pengguna. "Dengan ini, kerajaan boleh elak membayar jumlah pampasan sebanyak RM5.3 billion untuk 4 syarikat tol ini bagi baki tempoh konsesi tol" kata Pua. Kerajaan jimat RM5.3 bilion. Tak payah bayar satu sen untuk ambil alih tol. Syarikat Gamuda pula boleh segera mengaut keuntungan masa hadapan. Siapa pula yang akan tanggung? Sebenarnya, pengguna lebuhraya tol itu yang akan tanggung kerana Guan Eng telah mengumumkan bahawa caj kesesakan akan terus dikutip selepas tempoh konsesi tol sudah tamat. Baca kenyataan Guan Eng: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156167158180952/ Pengguna tol akan menanggung kos faedah dan pokok pinjaman kerajaan PH serta kos penyelenggaraan lebuhraya-lebuhraya ini. Bila BN mansuhkan tol seperti di tol Batu Tiga di Shah Alam, Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan EDL di Johor., tol Cheras, tol-tol di Sarawak dan lain-lain, plaza tol dirobohkan sepenuhnya. Tapi bila PH janji mahu mansuhkan tol pula, tol dijenamakan semula menjadi caj kesesakan dan dikutip untuk selama-lamanya termasuk selepas konsesi tol tamat. Janji Tol-Free PH sebenarnya ialah janji untuk Tol-Forever.

A post shared by Dato' Lokman Noor Bin Adam (@lokmanadamofficial) on

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s